i-Saraan KWSP insentif dari Kerajaan

Apa itu i-Saraan? i-Saraan adalah insentif caruman sukarela yang diperkenalkan oleh kerajaan. Aku sebagai penjawat awawm boleh ke terima manfaat dari insentif kerajaan ini? Pertama sekali apakah insentif yang bakal diterima?

i-Saraan

Faedah i-Saraan

  • Terima insentif khas sebanyak 20% ( max RM500) daripada jumlah tahunan semasa. Had insentif seumur hidup adalah RM5,000.
  • Dividen tahunan tahunan atas simpanan. Biasanya dividen KWSP dalam 6% setahun.
  • Bantuan kematian untuk ahli KSWP
  • Pelepasan cukai

Aku pun buat kira-kira. Bagi melayakkan aku terima insentif maksimum RM500 setahun simpanan tahunan aku mestilah:

Simpanan tahunan = RM500 x 100/20

Simpanan tahunan = RM2,500

Jadi setiap bulan aku mestilah mencarum:

Caruman Bulanan = RM2,500 / 12

Caruman Bulanan = RM208.34

Jadi kalau aku mencarum setiap bulan sebanyak RM209 boleh kata aku akan dapat dividen tahunan sebanyak 20% daripada kerajaan. Not bad aku rasa. Itu tidak termasuk lagi dividen dari KWSP. Cukup mengujakan untuk aku simpan dalam i-Saraan KWSP ni. Cuma insentif ini terhad kepada 10 tahun simpanan kalau ikut cara aku ini sebab had insentif seumur hidup adalah RM5,000.

Siapa yang Layak Memohon

Jadi siapa yang layak memohon? Adakah aku sebagai penjawat awam yang mengambil skim pencen layak untuk memohon?

Dari website KWSP

Bila aku lihat di website KWSP macam kecewa juga sebab tidak dinyatakan tentang penjawat awam. Tapi bila aku buka bahagian soalan lazim:

Yes, nampaknya aku boleh dan layak untuk daftar i-Saraan ini. Jadi bolehlah aku aktifkan balik akaun KWSP aku ini. Dulu sempat la buka KWSP sebab bekerja di bidang swasta. Lepas aku masuk kerajaan ambil skim pencen, habis licin simpanan KWSP aku ni. Aku pun tak ingat aku apa yang aku buat dengan simpanan KWSP aku dulu. Rasanya buat belanja kahwin dan deposit untuk beli rumah.

Keburukan i-Saraan

Seperti kita semua sedia maklum, tiada sesuatu yang sempurna. Termasuk juga i-Saraan ni. Keburukan yang aku nampak untuk caruman i-Saraan adalah simpanan aku tu tidak boleh dicairkan sehinggalah aku berumur 55. Aku hanya boleh keluarkan duit simpanan i-Saraan ini pada umur aku 55. Tahun ini (2026) umur aku 40 tahun.

Rancangan aku adalah untuk bersara pada umur 50. Jadi kalau rancangan aku berjaya untuk bersara pada umur 50, simpanan aku dalam i-Saraan masih tidak boleh digunakan. Aku juga perlu bertahan dari umur aku 50 – 55 untuk hidup dengan duit simpanan atau kerja lain kerana pada ketika itu masih belum menerima pencen bulanan lagi.

Berapakah anggaran jumlah simpanan dalam KWSP i-Saraan?

Kalau aku bercadang untuk mencarum dalam i-Saraan ini selama 10 tahun berapa agaknya jumlah yang akan aku peroleh? Kiraan aku ini berdasarkan:

  • Caruman bulanan = RM210
  • Insentif kerajaan = RM500 setahun
  • Dividen KWSP = 6% setahun
  • Tempoh = 10 tahun

Jadi hasil pengiraan adalah seperti berikut:

  • Jumlah Caruman = RM25,000
  • Jumlah Insentif Kerajaan = RM5,000
  • Dividen KWSP = RM10,000
  • Jumlah Keseluruhan = RM40,000

Pengiraan ini adalah anggaran sahaja tetapi cukup untuk dapatkan gambaran keseluruhan untuk caruman i-Saraan ini. Jadi kalau aku bermula sekarang, pada umur aku 50 tahun (2036) simpanan i-Saraan adalah sebanyak RM40,000.

Namun begitu simpanan ini masih belum boleh ditunaikan. Jadi jika aku biarkan simpanan itu selama 5 tahun lagi tanpa membuat apa-apa penambahan, sekadar menerima dividen KWSP 6% setahun:

simpanan itu tadi akan menjadi RM53,950 pada 2041

*hasil pengiraan ini ada anggaran semata-mata.

Kesimpulan

Jadi kesimpulannya berbaloi tak untuk aku buat caruman i-Saraan ini? Insentif dapat, dividen dapat, pelepasan cukai pun dapat. Cuma aku hanya boleh nikmati simpanan ini pada umur aku 55 di tahun 2041. Boleh ikuti perjalanan pelaburan aku di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *