Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ikuti perjalanan aku mencapai kebebasan kewangan. Pernahkan anda semua jejak rekod perbelanjaan anda? Selama ini setiap kali gaji aku biasanya akan selesaikan dahulu hutang-hutang, bil, pelaburan dan sebagainya. Selama ini tak pernah lagi aku cuba untuk jejak atau track perbelanjaan aku ini. Jadi kali ini aku cuba untuk menjejaki keluar masuk duit aku selama ini.

Ada yang kata seeloknya jejak rekod perbelanjaan gunakan pen dan buku supaya kita sedar dan cakna terhadap perbelanjaan duit kita. Namun aku rasa cara itu leceh sebab takkan perlu sentiasa bawa pen dan buku ke mana-mana! Jadi aku gunakan bantuan teknologi iaitu app di phone ini untuk cuba track perbelanjaan aku.
Aku sebagai pengguna android phone pun bukalah play store untuk cari app berkaitan. Nah! Banyak betul app yang ada. Tak tahu nak pilih mana satu. Aku syaratkan supaya app ini ringkas, tidak perlu ciri-ciri futureristik yang kadang kala menyerabutkan. Setelah mencuba beberapa app saya memilih app ‘myMoney’ kerana antara muka dan ciri-ciri yang ringkas.



Mengapa tiba-tiba terdetik untuk aku jejak kewangan? Selama aku bekerja ini walaupun gaji naik tiap tahun tapi hujung bulan je mesti akaun bank, dompet kosong meminta diisi oleh gaji bulan seterusnya. Simpanan tetap bulanan masih sama walaupun gaji naik. Bil-bil juga tidak banyak berubah. Jadi apa puncanya hujung bulan gaji tetap habis walaupun ada kenaikan tahunan? Sehinggalah ketika pulang beraya di kampung emak aku bertanya “Faiz, berapa banyak yang kamu simpan setiap bulan?” Aku terkesima. Ye la, tahun pertama aku kerja, aku asingkan siap-siap RM200 sebagai simpanan. Setelah 8 tahun kerja pun simpanan bulanan aku masih kekal RM200. Mana pergi duit aku selama ini?
Malam itu aku termenung aku menanam azam untuk menjejak segalanya tentang keluar masuk duit aku ini. Pada app ini aku catatkan setiap ringgit yang masuk dan keluar. Hasil dari analisis itu aku tersedar bahawa kebocoran wang aku ini bukanlah dari bil, sewa, makan. Tetapi lebih kepada sikap aku sendiri. Dapat kenaikan aku reward diri sendiri. Tukar phone baharu, jom ke hotel 5 bintang, beli game(ini hobi aku. tapi banyak game beli main tak habis pun).
Jadi dapat aku simpulkan bahawa dalam kewangan peribadi, perkara yang penting bukanlah tentang berapa pendapatan yang kita dapat tetapi lebih kepada berapa yang berjaya kita simpan. Jadi sepatutnya aku kekalkan gaya hidup walaupun terima kenaikan gaji. Lebihan kenaikan gaji ini boleh disimpan atau dilaburkan untuk kehidupan masa hadapan. Kebanyakkan kita mula bekerja ketika umur 20 dan akan terus bekerja sehingga umur 60 yang menjadikan kita bekerja dalam tempoh 40 tahun. Selepas 60 tahun fizikal kita tidak seindah ketika muda. Penat kalau masih hendak teruskan bekerja. Katakan kita hidup sehingga umur 80 tahun, ada baki lagi 20 tahun untuk teruskan hidup di dunia ini. Waktu itu apakah sumber pendapatan kita?
Mungkin ada yang akan kata kalau umur kita pendek sia-sia saja menyimpan. Akhirnya simpanan dihabiskan oleh orang lain. Namun bagi aku itu adalah lebih baik daripada aku tua tanpa ada duit belanja dan akhir sekali akan susahkan orang lain.
Jadi dengan menggunakan app ‘myMoney’ aku buat kategori pendapatan kepada beberapa kategori. Contohnya ‘gaji’, ‘sewa’, ‘dividen’, ‘jualan’. Kemudian kategori perbelanjaan kepada beberapa kategori seperti ‘sewa’, ‘makan’, ‘insuran’, ‘bil’, daln lain-lain lagi. Selepas itu setiap kali duit masuk atau keluar aku akan rekodkan dalam app ini mengikut kategori masing-masing. Setiap hujung bulan aku akan buat analisis dan lihat mana duit yang bocor kemudian cuba untuk menampal kebocoran itu.
Pada masa sama aku tetapkan supaya budget adalah 70/30 iaitu 70% untuk perbelanjaan dan 30% untuk simpan & labur. Tetapi 70/30 ini bukanlah syarat yang ketat namun merupakan permulaan untuk membiasakan diri dan disiplin. “Pay Yourself first”. Ada bulan mungkin 60/40 dan ada bulan yang lain mungkin 90/10. Tetapi secara purata tahunan dalam 70/30. Jika terima gaji RM5,000, ambil RM1,500 terus masuk dalam akaun simpanan kemudian cuba hidup dengan baki RM3,500 itu. Kita ada cuba serasikan hidup dengan keadaan. Jika lihat dalam akaun hanya ada RM3,500 otak kita akan selaraskan untuk berbelanja RM3,500 sahaja.
Pada masa ini jika ada duit lebih dan teringin nak beli sesuatu, aku boleh terus beli tanpa rasa bersalah kerana sudah tolak siap ke akaun simpanan pada awal lagi. Setiap kali beli rekod dalam app. Hujung bulan buat audit terhadap perbelanjaan. Mungkin ada bulan yang kurang simpanan contoh pada bulan hari raya yang akan buatkan aku rasa tidak senang. Oleh itu pentinnya juga lakukan audit secara tahunan. Ingat walaupun aku tetapkan 70/30 tetapi pada awal ini aku lebih fleksibel. Kalau hujung bulan itu ada lebihan aku masukkan dalam simpanan. Begitu juga kalau bulan itu perlukan duit lebih, korek balik dari simpanan. Cuma duit untuk simpanan itu sebolehnya aku tidak korek dengan mudah. Aku tetapkan syarat yang ketat untuk keluarkan.
Bulan ini membuatkan hati aku rasa puas. Entah kenapa tiba-tiba saham terutama saham teknologi, AI naik dengan banyak bulan ini. Jika bulan lepas aku nampak merah saja dan keseluruhan pelaburan aku dalam kerugian. Tetapi tidak pada bulan ini. S&P500 naik ke paras tertinggi dalam sejarah dan semestinya nilai pegangan aku dalam SPUS naik juga.
Kripto aku di dalam Luno walaupun masih dalam kerugian tetapi boleh nampak naik juga sikit. Cuma pada masa ini aku masih kurang keyakinan dalam kripto. Jadi aku tambah sikit je dalam RM100 – RM200 sebulan.

Simpanan dalam versa juga memberansangkan. Jadi pada bulan aku rasa tidak menyesal terjebak dalam dunia pelaburan. Baru je bulan lepas aku rasaa menyesal. Hehe,
Platform yang aku gunakan untuk melabur adalah moomoo, versa, Luno, Wahed dan Webull.
Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.
Kelebihan Versa ini ialah ada Money Market Fund. Kepentingan dana kecemasan? Anda boleh letak dana kecemasan dalam Versa Cash-i yang membeli pulangan harian dengan faedah dalam 3.2% setahun.
Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.
Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁
Get started:
Make your first Cash In of min. RM100)
Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=DNTL2CBZ
Sign up with my code DNTL2CBZ
moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.
Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D)
Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.
Anda dijemput!
- Daftar dengan pautan jemputan saya
- Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
- Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 75
Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.